Selasa, 20 Februari 2018 [ 11:56:15 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Tender Bil. 02/2018

Tarikh Iklan Tender : 29 Januari 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Jenis D (Pembentungan) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/A011 Cadangan Kerja-Kerja Servis Lurang Dan Paip Saluran Najis Serta Membaiki, Membina Dan Menukar Kerja-Kerja Sampingan Di Kawasan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun.

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3
Kategori B
Pengkhususan
B24 Dan B27

Dan

Berdaftar Dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Jenis D (Pembentungan)

Tarikh Taklimat Tapak
5 Februari 2018 (Isnin)

9.30 Pagi - 10.30 Pagi
Bilik Taklimat, Tingkat 3, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
23 Februari 2018 (Jumaat)

RM300.00
2018/A012 Cadangan Menjalankan Kerja-Kerja Pembaikan Cerun Dan Sistem Perparitan Di Cerun B Dan Cerun C, Jalan Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Berdaftar Dengan CIDB Gred G6
Kategori CE
Pengkhususan
CE08 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak
6 Februari 2018 (Selasa)

9.30 Pagi - 10.30 Pagi
Persimpangan Jalan Bukit Setiawangsa Dan Jalan Bukit Setiawangsa 1, Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
26 Februari 2018 (Isnin)

RM300.00
2018/A013 Cadangan Menjalankan Kerja-Kerja Pembaikan Cerun Dan Sistem Perparitan Di Jalan 16/142, Taman Orkid Desa, Cheras, Kuala Lumpur.

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori CE
Pengkhususan
CE08 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak
6 Februari 2018 (Selasa)

11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Jalan 16/142, Taman Orkid Desa, Cheras

 

Tarikh Tender Ditutup
26 Februari 2018 (Isnin)

RM300.00
2018/A014 Tawaran Penyewaan Peralatan Bagi Kerja Penyediaan Logistik Dan Persiapan Teknikal Serta Kerja Yang Berkaitan Untuk Penganjuran Acara Majlis Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun.

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221304 Dan
221305 Dan
221501 Dan
221511 Dan
221615 Dan
130201

Tarikh Taklimat Tapak
7 Februari 2018 (Rabu)

9.30 Pagi - 10.30 Pagi
Bilik Gerakan Tingkat 3, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
27 Februari 2018 (Selasa)

RM300.00
2018/A015 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Tiang Bendera Utama Serta Peralatan Lain Yang Berkaitan Di Dataran Merdeka Jalan Raja, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun.

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3
Kategori ME Pengkhususan
M15 Dan M20

Tarikh Taklimat Tapak
7 Februari 2018 (Rabu)

11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Bilik Gerakan Tingkat 3, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
27 Februari 2018 (Selasa)

RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2018/A011, 2018/A012, 2018/A013, 2018/A014 Dan 2018/A015 hanya boleh dibeli di atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2018/A011, 2018/A012, 2018/A013, 2018/A014 Dan 2018/A015 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJAyang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    2. Surat asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh PKK (jika berkaitan)*
    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)
    5. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Jenis D (Pembentungan) (Bagi Tender 2018/A011)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara online di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yg didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara Online sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK/BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.