Selasa, 20 Februari 2018 [ 11:57:04 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Karnival Hari Wilayah Persekutuan Meriah!

karnival hwp2018 karnival hwp2018 2

Karnival Hari Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka, di sini hari ini berjaya mencapai misi penganjurannnya apabila mencatatkan seramai 15,000 pengunjung termasuk pelancong luar negara

 

Program bersempena Hari Wilayah Persekutuan itu berlangsung selama sehari dan diisi dengan 18 aktiviti kesukanan dan hiburan antaranya pertandingan muay thai, bola jaring, tarik tali, mewarna dan gubahan sebelum menutup tirai dengan persembangan konsert pada malam ini.

 

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meluangkan masa lebih sejam untuk menyaksikan sendiri aktiviti yang berlangsung di sebelah petang dan turut menyampaikan hadiah untuk setiap pemenang pertandingan.

 

Beliau berkata, program anjuran kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi itu diterapkan dengan konsep perpaduan, persefahaman serta mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira bangsa dan agama.