Ahad, 22 April 2018 [ 6:53:35 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Pencalonan Bagi Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018 (KL Mayor Universal Access Award)

Sukacita dimaklumkan bahawa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengadakan program Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018 (KL Mayor Universal Access Award) bagi edisi kedua pada 2018. Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur diadakan bertujuan untuk memberi kredit dan pengiktirafan kepada pemaju / pemilik serta pasukan bangunan yang terlibat dalam menyediakan kemudahan dan aksesibiliti untuk OKU. Pengiktirafan ini merupakan sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan amnya bagi menggalakkan pembangunan untuk menyediakan kemudahan dan aksesibiliti kepada golongan OKU seperti yang termaktub di dalam Akta OKU 2008 dan lain-lain arahan.

 

Pencalonan terbuka kepada Orang Awam, Pemaju, Pemilik, Juruperunding dan Ahli Pasukan Bangunan bagi sesuatu projek pembangunan.

 

Terdapat 4 kategori yang akan dipertandingkan iaitu hab pengangkutan, komersil, bangunan kerajaan dan ruang awam. Pencalonan dibuka bermula 12 April 2018 sehingga tarikh tutup pada 11 Mei 2018. Borang Pencalonan boleh diperolehi di laman sesawang www.kluniversalaccessaward.com

 

Maklumat lanjut :

Sekretariat Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018
Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan
Tingkat 27, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur
Tel       : 03 2617 6608/ 6611
Faks     : 03 2691 3629
Emel    : .
Web     : www.kluniversalaccessaward.com