Sunday, 22nd April 2018 [ 6:55:01 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Datuk Bandar Lancar Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018

                   Anugerah Aksesibiliti 

Selepas lima tahun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi bakal mengiktiraf pembangunan di ibu negara yang mengaplikasikan konsep serta prinsip rekabentuk sejagat atau universal design, menerusi Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Bin Abd Aziz telah melancarkan Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018 ini dan ia adalah merupakan penganugerahan yang kedua diadakan setelah penganugerahan yang pertama iaitu pada tahun 2013.

 

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan perancangan dan komitmen yang terkandung di dalam Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2010 –2020 iaitu yang menjurus kepada ‘Mempertingkatkan Kualiti Kesejahteraan Hidup Wargakota’.

Pembangunan yang mempunyai kemudahan dan persekitaran yang bercirikan ‘universal design’ akan dapat memenuhi keperluan akses untuk semua golongan individu termasuk kanak-kanak, orang-orang tua dan golongan orang kurang upaya (OKU).