Monday, 21st May 2018 [ 9:29:04 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Sebutharga Bil. 15/2018

Tarikh Iklan Sebutharga : 8 Mei 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

**Ralat Kenyataan Sebutharga Bil. 15/2018

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/B089 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Baikpulih CCTV Sediada di Jejantas Yang Terdapat Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja),
Gred
G2/G3/G4/G5/G6/G7
Kategori ME
Pengkhususan
E02 dan
E04 dan
E11

Tarikh Taklimat Tapak
15 Mei 2018 (Selasa)

 

11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Bilik Mesyuarat Aras Bawah, Pusat Pengurusan Pengangkutan, Lot PT 4785 (Bertentangan ASTRO), Lebuhraya Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

 

Tarikh Sebutharga Ditutup
30 Mei 2018 (Rabu)

RM50.00
2018/B090 Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kenderaan Jabatan (KJ) Kapasiti 3 – 10 Tan untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja),
Kod Bidang Baru
110301 atau
110302 atau
110303 atau
220105 atau
220112

Tarikh Sebutharga Dibuka
8 Mei 2018 (Selasa)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup
22 Mei 2018 (Selasa)

RM50.00
2018/B091 Perkhidmatan Pembersihan Pejabat Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tingkat 3, 4, 5, 6, Sebahagian 7 & 17, Menara TH Perdana bagi Tempoh Dua (2) Tahun Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja),
Kod Bidang Baru
221001 atau
221002 atau
221003

Tarikh Sebutharga Dibuka
8 Mei 2018 (Selasa)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup
15 Mei 2018 (Selasa)

RM50.00

 

  1. Dokumen sebutharga 2018/B089 boleh dibeli secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2018/B089 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah membawa seperti berikut :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    2. Surat pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (jika berkaitan)*
    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)
      * Mengikut kelayakan sebutharga yang ingin disertai.

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen sebutharga, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Sebutharga Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara online. Surat kebenaran khas menyertai sebutharga bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  9. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.