Isnin, 24 Julai 2017 [ 8:37:31 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta ditubuhkan pada tahun 1958 dikenali sebagai Pejabat Penilaian Perbandaran. Pada tahun 1975 jabatan ini telah diberi nama baru iaitu Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaras dengan fungsi jabatan iaitu membuat penilaian dan pengurusan harta. Fungsi utama jabatan adalah membuat penilaian cukai taksiran ke atas kira-kira 546,367 harta persendirian di WPKL yang menyumbang pendapatan sejumlah RM 559,370,892 bagi Julai 2016.

 

Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah Jusa C dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Kanan W54, dan 2 orang Timbalan Pengarah W52 serta 17 orang pegawai Kumpulan A. Jumlah kakitangan jabatan ini sehingga tahun 2016 ialah seramai 225 orang.

VISI

Bersatu tenaga secara cekap dan produktif ke arah meningkatkan hasil pencukaian taksiran DBKL.

MISI

Memberi perkhidmatan penilaian harta yang cekap, bermutu, mesra dan tepat.