Selasa, 17 Julai 2018 [ 12:41:10 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Memori Kuala Lumpur - Pengumpulan Cerita Dan Gambar Lama

 

poster memorikl

Soalan Lazim

1. Apakah jenis sumbangan yang diterima untuk program Memori KL?


i) Pengisahan kenang-kenangan anda yang menarik di Kuala Lumpur dan dirasakan sesuai untuk dikongsi. Ia mungkin berkisarkan pengalaman anda bersekolah, berkerja, beriadah atau tinggal di bandar ini di masa lalu ataupun pemerhatian anda terhadap perubahan-perubahan yang telah berlaku. Temuramah akan dijalankan sama ada melalui perbualan telefon, emel, atau secara bersemuka.

ii) Gambar-gambar lama anda bersama keluarga atau rakan-rakan yang berlatarbelakangkan bandar Kuala Lumpur, ataupun gambar yang menunjukkan persekitaran Kuala Lumpur antara tahun 1880an hingga 1990an. Hanya salinan digital diterima. Resolusi gambar digital anda hendaklah sekurang-kurangnya 300dpi ke atas dalam bentuk JPEG atau PNG. Anda akan dihubungi semula sekiranya gambar digital yang disumbangkan tidak mencapai resolusi tersebut. Heritage Output Lab juga sedia membantu anda mendigitalkan gambar milik anda.

iii) Dokumen seperti peta/jurnal/minit mesyuarat dan sebagainya yang difikirkan sesuai sebagai bahan penceritaan sejarah masyarakat Kuala Lumpur.

 

2. Bagaimanakah sumbangan saya akan digunakan?

Sumbangan salinan gambar akan dipamerkan pada Panel Interpretasi Sejarah Jejak Warisan Kuala Lumpur sekiranya bersesuaian dengan subjek penceritaan. Gambar-gambar yang tidak terpilih untuk panel-panel ini akan dikongsi di laman sesawang rasmi program ini kelak. Pengisahan yang diperolehi daripada temuramah akan diceritakan melalui penulisan teks pada Panel Interpretasi. Sebagai tanda penghargaan, nama anda akan disertakan dalam teks penceritaan atau bersama gambar sumbangan. Jenis penggunaan setiap cerita atau gambar akan dimaklumkan kepada penyumbang secara terperinci sebelum Panel Interpretasi didirikan.

 

3. Di manakah sumbangan saya akan disimpan?

Bahan sumbangan akan disimpan di repositori milik DBKL.

 

4. Adakah hak cipta sumbangan gambar dan sebagainya kekal sebagai milik saya?


Hak cipta dimiliki oleh pemilik gambar. Penggunaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya dengan kebenaran pemilik gambar. Gambar-gambar digital akan disimpan di repositori DBKL agar dapat dijadikan sumber rujukan awam di masa akan datang. Penyelidik mungkin akan memohon kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar atau audio temuramah. Penyumbang mestilah mengesahkan kesediaan mereka untuk membenarkan penggunaan yang sebegini. Borang sumbangan perlu ditandatangani untuk menjelaskan persetujuan hak cipta. Sekiranya anda mempunyai syarat hak cipta yang tidak dinyatakan dalam Borang Rekod Sumbangan, ianya boleh dinyatakan dalam borang tersebut.