Sabtu, 24 Ogos 2019 [ 9:47:13 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

Pelanggan Pihak Awam

  1. Meminda Senarai Nilaian bagi hartanah yang dibenarkan di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti bangunan baru, tambahan atau ubahsuaian dan perobohan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai, dan 1 Oktober setiap tahun. Tarikh kuatkuasa pindaan Senarai Nilaian bagi bangunan baru adalah 6 bulah selepas tarikh keluaran Perakuan Menduduki Sementara Bangunan (TCF), Perakuan Menduduki Bangunan(CF), Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) atau Borang F.

  2. Mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada pemilik harta mengenai pindaan Nilai Tahunan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.

  3. Mengeluarkan Notis Panggilan Mendengar Bantahan kepada pemilik yang mengemukakan bantahan terhadap pindaan Nilai Tahunan secara bertulis dan dalam tempoh yang dibenarkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.

  4. Mengeluarkan keputusan Pendengaran Bantahan cukai taksiran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pendengaran bantahan.

  5. Mengeluarkan keputusan permohonan pengecualian atau pengurangan cukai taksiran menurut Seksyen 134 dan 135 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan oleh Menteri Wilayah Persekutuan diterima.

  6. Mengemukakan permohonan untuk pecah bahagi bangunan bagi perolehan hakmilik strata ke atas rumah pangsa DBKL yang telah dijual dalam tempoh 6 bulan dari tarikh hakmilik kekal mengikut sempadan badan pengurusan diterima.

  7. Mengeluarkan keputusan permohonan penyewaan bangunan yang diurus oleh jabatan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  8. Menjelaskan bayaran cukai tanah tahunan bagi tanah-tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum 31 Mei setiap tahun.

  9. Mengeluarkan maklumat pemilikan harta dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  10. Memberi perkhidmatan kaunter yang cekap dengan memastikan pelanggan tidak perlu menunggu melebihi 15 minit pada waktu biasa dan 30 minit pada waktu puncak.

  11. Mengeluarkan Sijil Perakuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  12. Memastikan Badan Pengurusan Bersama (JMB) ditubuhkan tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh penyerahan pemilikan kosong (vacant possession) kepada pembeli.

 

Pelanggan Dalaman

 

  1. Memaklumkan Jabatan Kewangan bahawa kerja-kerja pindaan Senarai Nilaian telah disempurnakan sebelum 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober setiap tahun.

  2. Mengeluarkan Nilai Tahunan berasingan bagi maksud elaun kekosongan dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap daripada Jabatan Kewangan diterima.

  3. Menilaikan harta-harta milik Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi maksud Insuran kebakaran, sewaan dan jualan dalam tempoh 30 hari bekerja dari permohonan lengkap diterima.

  4. Menyediakan laporan penilaian bagi maksud caj pembangunan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  5. Menyediakan laporan penilaian bagi maksud pengambilan balik tanah-tanah Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pendengaran di Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan.

  6. Mengesahkan status tanah dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  7. Menguruskan penyewaan bangunan swasta bagi jabatan-jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  8. Mengemukakan permohonan tanah bagi maksud hakmilik, rizab atau TOL dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  9. Memanjangkan senarai pegangan yang diluluskan pengecualian atau pengurangan Cukai Taksiran menurut Seksyen 134 dan 135 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada jabatan-jabatan DBKL yang berkaitan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan oleh Menteri Wilayah Persekutuan diterima.