Sunday, 21st October 2018 [ 6:34:55 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Penafian Maklumat Tular Di Laman Sosial Berkenaan Iklan Jawatan Kosong Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Melalui Laman Sesawang JAWATANMALAYSIA.NET

Maklumat berkenaan iklan jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui laman sesawang JAWATANMALAYSIA.NET seperti yang telah tersebar di media sosial adalah TIDAK BENAR sama sekali.

 

Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

Untuk pengesahan maklumat berkenaan proses pengambilan kakitangan ke DBKL, sila rujuk ke laman web rasmi DBKL di www.dbkl.gov.my atau di talian 03-2617 9613 / 03-2617 9609 / 03-2617 9621.

 

Sekian, terima kasih.