Isnin, 20 Mei 2013 08:01:08
 
KPRIHATINAN AWAM
 

DBKL Serah Kerusi Roda

 
  

  

Pada 7 Mei 2012 (Selasa) telah diadakan Majlis Penyerahan 10 Kerusi Roda kepada Skuad 69, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh Yusop, Ketua Pengarah DBKL. Majlis penyerahan tersebut diadakan di Pejabat Ketua Pengarah, Menara DBKL 1. 

Penyerahan kerusi roda ini bertujuan untuk membantu semua golongan yang kurang bernasib baik menggunakannya serta dapat memberi motivasi kepada mereka yang memerlukan.