Jumaat, 22 Mac 2019 [ 6:56:14 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

 

  1. Merancang projek-projek landskap sekurang-kurangnya 6 bulan

  2. Merekabentuk landskap boleh disiapkan bagi:
    1. Projek Besar ( Bajet : Melebihi RM5 juta) – 6 bulan
    2. Projek Sederhana (Bajet : RM1 juta - RM5 juta) – 3 bulan
    3. Projek Kecil (Bajet : Kurang RM500K) – 1 bulan

  3. Memastikan projek-projek penanaman pokok dan landskap dilaksanakan mengikut amalan terbaik selaras dengan wawasan ke arah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Taman Tropika Lestari menjelang 2020.

  4. Memastikan kawasan taman awam dan pokok-pokok rendang di kawasan awam sentiasa berada dalam keadaan bersih, cantik dan selamat kepada orang ramai.

  5. Menanam pelbagai jenis pokok sebanyak 30,000 setahun.

  6. Taman-taman awam dibuka mulai 6.00 pagi hingga 8.00 malam.

  7. Memastikan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dan sekah di bawah penyelenggaraan DBKL dibuat dalam tempoh 24 jam selepas mendapat maklumat.

  8. Memastikan kerja-kerja membaikpulih kerosakan di taman permainan kanak-kanak diambil tindakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan juga dari pemeriksaan secara berkala di tapak.

  9. Memastikan perkhidmatan hiasan bunga memenuhi kehendak pelanggan.

  10. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti / acara rekreasi di taman-taman awam sekurang-kurangnya 10 acara sebulan.

  11. Memastikan akuan penerimaan kepada aduan awam dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan tindakan susulan diambil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Maklum balas seterusnya kepada pengadu dan tindakan penyelesaian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

  12. Memastikan kelulusan permohonan penggunaan sewa tapak rekreasi dalam taman awam dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan diterima. Setiap permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat kebenaran di tapak. Manakala permohanan melalui surat ke Bahagian Pentadbiran akan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

  13. Memastikan proses pembayaran kepada kontraktor dihantar ke Bahagian Semakan dan Pembayaran, Jabatan Kewangan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja.