Sunday, 19th August 2018 [ 12:56:32 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Kenyataan Sebutharga Bil. 26/2018

Tarikh Iklan Sebutharga : 8 Ogos 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/B140 Mereka Bentuk Susun Atur ‘Artwork’, Mencetak, Membekal, Membungkus dan Menghantar Diari Tahunan 2019 untuk Jabatan Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja),
Kod Bidang Baru
221601 atau
221602 atau
221603 atau
221604 atau
221610 atau
221613 atau
221614 atau
221615

Tarikh Sebutharga Dibuka
8 Ogos 2018 (Rabu)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup
23 Ogos 2018 (Khamis)

RM50.00
2018/B141 Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, Cheras, Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja),
Kod Bidang Baru
221002 dan
222102 dan
222104

Tarikh Taklimat Tapak
9 Ogos 2018 (Khamis)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

 

Pejabat Kecil 2, Pengurusan Zon Selatan, Jalan Budiman, Taman Tasik Permaisuri. (Koordinat GPS Google Map 3.092463, 101.716927)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup
23 Ogos 2018 (Khamis)

RM50.00

 

  1. Dokumen sebutharga 2018/B141 boleh dibeli secara ’online di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2018/B141 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJAyang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah membawa seperti berikut :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB*
    2. Surat pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU (jika berkaitan)*
    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)*
    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

      * Mengikut kelayakan tender yang ingin disertai.

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen sebutharga, petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  7. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  8. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.