Khamis, 23 Mei 2013 04:34:23
- Details
- Category: Acara Kemuncak
- Last Updated on Friday, 17 May 2013 10:00
Acara Kemuncak |
Program Hari Bertemu Pelanggan - Mei 2013 |
|
Program ini akan diadakan pada 31 Mei 2013 (Jumaat) bertempat di ruang legar Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang akan bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan ianya diadakan adalah untuk membantu wargakota menyelesaikan aduan dan masalah mereka yang berkaitan dengan perkhidmatan DBKL. Perlaksanaan program ini diyakini dapat membantu membudayakan amalan layanan mesra pelanggan dan seterusnya meningkatkan lagi imej DBKL secara keseluruhannya.
Sehubungan dengan itu, wargakota yang mempunyai sebarang aduan, pertanyaan mahupun permohonan yang berkaitan dengan DBKL adalah dijemput hadir. |










