Wednesday, 19th September 2018 [ 6:13:55 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Kenyataan Tender Bil. 13/2018

Tarikh Iklan Tender : 30 Ogos 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/A121

Penyelenggaraan Komprehensif & Sokongan Teknikal Bagi Perkakasan Dan Infrastruktur Rangkaian Selama 2 Tahun Di Menara DBKL 3 Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

210102 Atau 210105

Tarikh Tender Dibuka

30 Ogos 2018 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

24 September 2018 (Isnin)
RM350.00
2018/A122

Perkhidmatan Pembersihan Perumahan PPR Intan Baiduri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221001 Atau 221002 Atau 221003

Tarikh Taklimat Tapak

04 September 2018 (Selasa)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Pejabat Kecil PPR Intan Baiduri, Tingkat Bawah, Blok B, Kepong Utara, 52100 Kuala Lumpur.

Tarikh Tender Ditutup

18 September 2018 (Selasa)
RM300.00
2018/A123

Cadangan Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah “Full Color LED Displayboard System, Electronic Timing & Scoring System” Di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur

Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4/G5/G6/G7

Kategori ME

Pengkhususan

E01 Dan E03 Dan E06 Dan E11

Dan

(E02 Atau E21 Atau E32)

Tarikh Taklimat Tapak

05 September 2018 (Rabu)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Tingkat 17, Unit Penyelenggaraan Bangunan, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.

Tarikh Tender Ditutup

27 September 2018 (Khamis)
RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2018/A122 dan 2018/A123 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2018/A122 dan 2018/A123 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkanoleh CIDB (2018/A123)

    2. Sijil asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU)    

    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2018/A122)
    4. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2018/A122)
    5. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian Dokumen Tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan PKK/BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian (online) dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.