Wednesday, 19th September 2018 [ 6:13:00 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Kenyataan Tender Bil. 14/2018

Tarikh Iklan Tender : 13 September 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/A125 Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221002 Dan
222102 Dan
222104

Tarikh Taklimat Tapak
18 September 2018 (Selasa)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Kawasan Letak Kereta Pintu Utama, Taman Metropolitan Batu

 

Tarikh Tender Ditutup
05 Oktober 2018 (Jumaat)

RM300.00
2018/A126 Perkhidmatan Pembersihan Perumahan Awam Desa Rejang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221001 Atau
221002 Atau
221003

Tarikh Taklimat Tapak
19 September 2018 (Rabu)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Pejabat Perumahan Zon 4, Persiaran Rejang, Setapak Jaya, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
08 Oktober 2018 (Isnin)

RM300.00
2018/A127 Perkhidmatan Pembersihan Perumahan PPR Seri Semarak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221001 Atau
221002 Atau
221003

Tarikh Taklimat Tapak
19 September 2018 (Rabu)

 

11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Pejabat Kecil PPR Seri Semarak, Blok B, Lengkok 54C, Jalan Air Panas, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
08 Oktober 2018 (Isnin)

RM300.00
2018/A128 Kerja Menyelenggara, Memelihara Dan Mengganti Alatganti Kepada Lif Berjenama “Kone” Yang Sediada Di Kawasan Perumahan Awam Dan Projek Perumahan Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sebanyak 10 Unit, Secara “Total Comprehensive Maintenance” Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Berdaftar Dengan CIDB
Gred
G3/G4/G5/G6
Kategori ME
Pengkhususan
M03

Tarikh Taklimat Tapak
20 September 2018 (Khamis)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Bilik Taklimat, Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
09 Oktober 2018 (Selasa)

 RM300.00
2018/A129 Kerja Menyelenggara, Memelihara Dan Mengganti Alatganti Kepada Lif Berjenama “Fujitec” Yang Sediada Di Kawasan Perumahan Awam Dan Projek Perumahan Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sebanyak 131 Unit, Secara “Total Comprehensive Maintenance” Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Berdaftar Dengan CIDB
Gred G7
Kategori ME
Pengkhususan
M03

Tarikh Taklimat Tapak
20 September 2018 (Khamis)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Bilik Taklimat, Tingkat 3, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
09 Oktober 2018 (Selasa)

 RM300.00
2018/A130 Perkhidmatan Pengurusan Petak Letak Kereta Pusat Perdagangan Lorong Bunus (PT80) Seksyen 40 Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221510

Tarikh Tender Dibuka
13 September 2018 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup
03 Oktober 2018 (Rabu)

RM300.00
2018/A131 Cadangan Menaiktaraf Kawasan Hijau Di Persimpangan Jalan Raja Abdullah Dan Jalan Sultan Ismail AKLEH-UNIKL, Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3
Kategori CE
Pengkhususan
CE21

Tarikh Taklimat Tapak
20 September 2018 (Khamis)

 

11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Perkarangan Lobi Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
09 Oktober 2018 (Selasa)

 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2018/A125, 2018/A126, 2018/A127, 2018/A128, 2018/A129 dan 2018/A131 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2018/A125, 2018/A126, 2018/A127, 2018/A128, 2018/A129 dan 2018/A131 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2018/A128, 2018/A129 dan 2018/A131)
    2. Sijil asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU)(2018/A131)
    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2018/A125, 2018/A126 dan 2018/A127)
    4. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2018/A125, 2018/A126 dan 2018/A127)
    5. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian (online) dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.