Isnin, 26 Ogos 2019 [ 7:44:45 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

OBJEKTIF

  1. Menyeragamkan pelaksanaan peraturan dan tatacara pengurusan kontrak perolehan.
  2. Memastikan pengurusan kewangan projek mengikut peraturan dan pekeliling semasa.
  3. Menyediakan perkhidmatan profesional Ukur Bahan yang dinamik selaras dengan perkembangan teknologi.

FUNGSI

Jabatan ini memberi perkhidmatan Ukur Bahan yang merangkumi khidmat pengurusan projek serta kawalan kos dan pentadbiran kontrak untuk Perolehan Kerja, bekalan dan perkhidmatan termasuk perkhidmatan perunding dan juga projek-projek penswastaan yang terdiri dari peringkat kerja seperti berikut:

 

  1. Peringkat Pra-kontrak:
    1. Menyediakan Dokumen Tawaran/Sebutharga.
    2. Menyediakan Anggaran Kos.
    3. Menyediakan Laporan Penilaian Harga Tender.
    4. Menyediakan Pengurusan dan Perancangan Kos Projek

  2. Peringkat Pasca kontrak:
    1. Menyelaraskan Kadar Harga dan Pecahan Harga Tawaran.
    2. Menyediakan Sijil Bayaran Interim.
    3. Menyediakan Perakuan Muktamad Projek.
    4. Mengurus aliran kewangan projek.
    5. Menyediakan Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) projek.
    6. Menilai tuntutan kontraktual ke atas projek.
    7. Menilai tuntutan ganti rugi projek.