Selasa, 17 Julai 2018 [ 9:25:53 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

LATAR BELAKANG

Jabatan ini pada asalnya dikenali sebagai Bahagian Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan yang terletak di bawah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Kemudahan Sosial.

 

Pada 1 April 2003 ia telah dinaiktaraf sebagai sebuah jabatan yang tersendiri dan dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan.

 

Mulai 1 Julai 2011, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan.

 

Jabatan ini mempunyai 3 bahagian yang utama iaitu :-

  1. Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  2. Bahagian Kebudayaan & Kesenian
  3. Bahagian Sukan

VISI

Membentuk warga kota yang aktif, sihat dan kreatif serta meningkatkan bilangan kehadiran pelancong ke Kuala Lumpur melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan, kesenian, pelancongan dan sukan

MISI

  1. Menyediakan fasiliti yang mesra rakyat
  2. Mengadakan program kebudayaan, kesenian dan sukan serta menyediakan produk pelancongan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak warga kota dan pelancong

FUNGSI

  1. Menyedia dan mengurus fasiliti yang berkualiti dan mesra rakyat.
  2. Mempelbagai produk kebudayaan, kesenian, pelancongan dan sukan yang berkualiti bagi menyemarakkan suasana kehidupan yang sihat dan kondusif di Kuala Lumpur.
  3. Memberi kerjasama dengan semua pihak (NGO, badan kerajaan, swasta) bagi menjayakan program dan aktiviti berkaitan kebudayaan, kesenian, pelancongan, sukan dan rekreasi.