Selasa, 20 November 2018 [ 10:46:08 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Buku Spesis Tumbuhan dan Rempah Ratus Taman Botani Perdana

Buku Spesis Tumbuhan Herba dan Rempah Ratus Taman Botani Perdana telah dilancarkan pada 15 Oktober 2018 oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan. Buku ini adalah hasil kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang menyenaraikan 106 spesis tumbuhan herba dan rempah ratus serta tumbuhan yang beraroma sebagai panduan kepada pengunjung. Buku ini turut menyatakan kegunaan, habitat dengan maklumat utamanya, nama saintifik dan nama biasa beserta gambar bagi setiap spesis. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga kota mengenai kegunaan herba dan rempah ratus dalam kehidupan seharian.

 

Harga Jualan : RM 15

 

Sebarang pertanyaan berkenaan buku ini boleh menghubungi bahagian Pengurusan Pejabat Taman Botani Perdana di talian 03-2276 0432 atau emel .

 

Preview Buku Spesis Tumbuhan Herba dan Rempah Ratus Taman Botani Perdana.

 

cover buku herba