Ahad, 25 Ogos 2019 [ 10:09:45 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

Objektif

  1. Memupuk dan memperkembangkan warisan seni negara melalui nyanyian, muzik tradisional, muzik orkestra, tarian, teater dan sebagainya.

  2. Menyedia dan menguruskan kemudahan sukan dan rekreasi ke satu tahap yang sempurna dan selesa kepada warga kota Kuala Lumpur.

  3. Mempertingkatkan kesedaran dan penglibatan wargakota Kuala Lumpur dan kegiatan bersukan dan rekreasi ke arah mengamalkan gaya hidup sihat.

  4. Memberi kerjasama kepada institusi belia dan sukan, persatuan, NGO di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

  5. Bekerjasama dengan semua pihak bagi menjayakan program dan aktiviti berkaitan kebudayaan, kesenian, pelancongan, sukan dan rekreasi.

Fungsi

  1. Menyediakan, menggalak, mempertingkat dan mempersembahkan aktiviti / program kebudayaan dan kesenian dalam bidang pementasan tarian, teater dan muzik.

  2. Menyelaras, menganjur dan menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan acara sambutan perayaan awam.

  3. Menyelaras, menganjur dan menguruskan aktiviti-aktiviti sukan untuk semua peringkat masyarakat di ibu kota bagi membantu membentuk masyarakat yang bersatu padu, sihat dan berdisiplin selaras dengan amalan gaya hidup sihat dan matlamat Malaysia cergas.

  4. Mengurus dan menyediakan kemudahan-kemudahan sukan dengan sempurna dan memastikan ianya selesa dan selamat diguna oleh orang awam untuk pelbagai aktiviti/kegunaan.

  5. Menjalin hubungan serta memberi kerjasama kepada institusi sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa bagi menganjurkan program sukan yang berbentuk masa dan sukan berprestasi tinggi.

  6. Membuat penyelidikan dari masa ke semasa untuk mengkaji keperluan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh wargakota Kuala Lumpur.

  7. Memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk memperkembangkan potensi dalam bidang sukan, kebudayaan dan kesenian.

Kuala Lumpur International Radio Control Circuit (KLIRCC)

Alamat : Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur
Tarikh Mula Beroperasi : 16 Februari 2015
Penyelia : Azman bin Hj. Kamarudin
No. Telefon : 0129066112
Penolong Penyelia : Irwan Razman bin Harun
No. Telefon : 017 – 3266560

 

Harga Tiket

HARI HARGA
Isnin hingga Jumaat RM10.00 setiap sesi
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum RM20.00 setiap sesi

 

Sesi Penggunaan Litar

SESI MASA
Sesi Pagi 9.00 pagi hingga 12.00 petang
Sesi Petang 3.00 petang hingga 6.00 petang

Catatan : ‘Air-Compressor’ & pam ‘water-jet’ untuk mencuci kereta ‘ Radio Control’ ditutup pada jam 7.00 petang setiap hari.

 

klircc 01 klircc 02 klircc 03 klircc 04 klircc 05
klircc 06 klircc 07 klircc 08 klircc 09