Khamis, 17 Ogos 2017 [ 5:39:11 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

Fungsi Perhubungan Awam mula dilaksanakan di DBKL dalam tahun 70-an dan diselaraskan oleh Urusetia Bandaraya. Pada tahun 1995 fungsi tersebut telah diambil alih oleh Jabatan Pengurusan Organisasi. Seterusnya pada tahun 2006 unit ini telah diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran dan dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa (UHEAA).

 

Pada tahun 2008 sekali lagi nama unit ini telah ditukarkan kepada Unit Komunikasi Korporat (UKK) selaras dengan hasrat Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memberikan imej baru kepada organisasi DBKL. Mulai 1 Julai 2011, jabatan ini dikenali pula sebagai Jabatan Perancangan Korporat. Pertukaran nama ini juga memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai fungsi JPRK bersesuaian dengan keadaan semasa.

VISI

Ke arah mempertingkatkan imej DBKL yang positif melalui komunikasi yang cekap dan berkesan dengan stakeholders.

MISI

Merancang, mengurus dan melaksanakan usaha-usaha mempertingkatkan imej DBKL yang positif.