Sabtu, 15 Disember 2018 [ 4:12:41 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender 19/2018

Tarikh Iklan Tender : 30 November 2018

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/A156

Menyewa Peralatan ICT Untuk Kaunter Hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Selama 5 Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

210101 Atau 210102

Tarikh Tender Dibuka
30 November 2018 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup
20 Disember 2018 (Khamis)

RM300.00
2018/A157 Mencetak, Membekal Dan Menghantar Bahan Bercetak Selama Tiga (3) Tahun Untuk Stor Pusat (Alatulis) Jabatan Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

020603 Atau 221602

Tarikh Tender Dibuka
30 November 2018 (Jumaat)

Tarikh Tender Ditutup
20 Disember 2018 (Khamis)

RM300.00
2018/A158

Membekal Dan Menghantar Alatulis & Peralatan Pejabat Selama Tiga (3) Tahun Untuk Stor Pusat Jabatan Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

020601 Atau 020603

Tarikh Tender Dibuka
30 November 2018 (Jumaat)

 

Tarikh Tender Ditutup
20 Disember 2018 (Khamis)
RM300.00
2018/A159

Pembekalan Kertas Putih Dan Kertas Warna Selama Tiga (3) Tahun Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

010201

Tarikh Taklimat Tapak
30 November 2018 (Jumaat)

 

Tarikh Tender Ditutup
20 Disember 2018 (Khamis)

RM300.00
2018/A160

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Dataran Merdeka, Jalan Raja, Arca Budaya, Menara DBKL 1&2, Dataran DBKL, Laman Tun Perak, Hadapan Panggung Bandaraya, Jalan Raja Laut, Jalan Bunus Dan ‘Count Down Clock’ Serta Kawasan Berlandskap Sekitarnya

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak
05 Disember 2018 (Rabu)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Countdown Clock Jalan Raja (Bertentangan Dataran DBKL)

Tarikh Tender Ditutup
24 Disember 2018 (Isnin)

RM300.00
2018/A161

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Jalan Sultan Ismail (Susur Masuk Dari Jalan Kuching Sehingga Ke Persimpangan Jalan Imbi) / Taman Ain Arabia, Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak
06 Disember (Khamis)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Taman Ain Arabia

Tarikh Tender Ditutup
26 Disember 2018 (Rabu)

RM300.00
  1. Dokumen tender 2018/A160 dan 2018/A161 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2018/A160, 2018/A161 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-
    1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2018/A160 dan 2018/A161).

    2. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2018/A160 dan 2018/A161)
    3. Cop Syarikat (Rubber Stamp).

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
  6. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
  7. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.