Sabtu, 15 Disember 2018 [ 4:14:34 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Sebutharga Bil. 36/2018

Tarikh Iklan Sebutharga : 6 Disember 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja mempunyai kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/B206

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Sekitar Taman Tasik Lake Field, Kuala Lumpur

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja),

Kod Bidang Baru

221002 dan 222102 dan 222104

Tarikh Taklimat

Tapak

7 Disember 2018 (Jumaat)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Pintu Masuk Taman Tasik Lakefield, 65, Jalan Pinggiran Tasik, Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur

Tarikh Sebutharga Ditutup

20 Disember 2018

(Khamis)
RM50.00
2018/B207

Perkhidmatan Pengurus Acara Program Senam Sihat (Senamrobik) Di Taman – Taman Rekreasi Kuala Lumpur Bagi Tahun 2019 Untuk Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja),

Kod Bidang Baru

221305 atau 221306

Tarikh Sebutharga Dibuka

6 Disember 2018 (Khamis)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup

19 Disember 2018

(Rabu)
RM50.00
2018/B208

Membekal Dan Menghantar Pakaian Seragam Anggota Penguatkuasa Ke Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua Belas (12) Bulan

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja),

Kod Bidang Baru

020701 atau 020801 atau 020804

Tarikh Sebutharga Dibuka

6 Disember 2018 (Khamis)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup

19 Disember 2018

(Rabu)
RM50.00

 

2018/B209

Membekal Dan Menghantar kelengkapan Pakaian Seragam Anggota Penguatkuasa Ke Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua Belas (12) Bulan

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja),

Kod Bidang Baru

020701 atau 020801 atau 020802 atau 020804

Tarikh Sebutharga Dibuka

6 Disember 2018 (Khamis)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup

19 Disember 2018

(Rabu)
RM50.00

 

  1. Dokumen sebutharga 2018/B206 boleh dibeli Secara ’Online’ di lamanhttp://eperolehan.dbkl.gov.myselepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2018/B206 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJAyang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah membawa seperti berikut :-
    (i) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)
    (ii) Cop Syarikat (Rubber Stamp)
  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen sebutharga, petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’online di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  7. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  8. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.