Rabu, 16 Januari 2019 [ 1:01:04 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Sebutharga Bil. 01/2019

Tarikh Iklan Sebutharga :4 Januari 2019

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) atau Bumiputera Berdaftar dengan CIDB yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sahaja mempunyai kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. SEBUTHARGA BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA KELAYAKAN PETENDER TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN SEBUTHARGA DITUTUP HARGA DOKUMEN
2019/B001

Penyelenggaraan Sistem Maklumat Ukur Periksa Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

 

 

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja),

Kod Bidang Baru

210102 atau 210103 atau 210104 atau 210105 atau 210106 atau 210107

Tarikh Sebutharga Dibuka

4 Januari 2019 (Jumaat)

Tarikh Sebutharga Ditutup

17 Januari 2019 (Khamis)
RM50.00
2019/B002

Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap Kejur Dan Menaiktaraf Perabot-Perabot Landskap Di Taman-Taman Awam Dan Sekitar Wilayah Persekutuan

 

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja),

Kod Bidang Baru

221002 atau 222102 atau 222104

Tarikh Taklimat

Tapak

9 Januari 2019 (Rabu)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Taman Tasik Intan Baiduri

(Wakaf/Gazebo Tepi Tasik)

Tarikh Sebutharga Ditutup

22 Januari 2019 (Selasa)
RM50.00
2018/B162SS

Kerja-Kerja Bagi Membekal Dan Menghantar Pakaian Tarian (Artis Budaya), Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

 

 

Bumiputera

Berdaftar Dengan KKM

(Beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja),

Kod Bidang Baru

020401

Tarikh Sebutharga Dibuka

4 Januari 2019 (Jumaat)

Tarikh Sebutharga Ditutup

17 Januari 2019 (Khamis)

RM50. 00

 

  1. Dokumen sebutharga 2019/B002 boleh dibeli Secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi sebutharga 2019/B002 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat hendaklah Diwajibkan membawa seperti berikut :
    1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)
    2. Cop Syarikat (Rubber Stamp)
  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
  4. Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman http://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.
  5. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan i) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK), iii) Sijil Perakuan Pendaftaran(CIDB), iv) Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
  6. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
  7. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.
  8. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
  9. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.