Friday, 21st June 2019 [ 8:20:58 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Bayaran Sewaan Perumahan, Bil Air Dan Yuran Perkhidmatan PA/PPR DBKL Secara Atas Talian (Online) Melalui JomPAY

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin memaklumkan kepada semua warga kota bahawa bayaran sewaan perumahan, bil air dan yuran perkhidmatan PA/PRR DBKL boleh dibuat secara atas talian (online) melalui saluran pembayaran JomPAY bermula 21hb Disember 2018. Ketiga-tiga jenis terimaan bayaran ini merupakan tambahan kepada jenis terimaan bayaran DBKL yang boleh dibuat melalui JomPAY selain terimaan bayaran cukai taksiran dan notis kesalahan trafik yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Melalui saluran pembayaran JomPAY, penghuni PA/PPR DBKL dan warga kota boleh membuat pembayaran sewaan perumahan, bil air dan yuran perkhidmatan PA/PRR DBKL secara online melalui mana-mana 40 institusi perbankan di Malaysia. Penghuni PA/PPR DBKL dan warga kota yang ingin membuat bayaran melalui JomPAY perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Log Masuk Perbankan Internet Anda;
  2. Pilih ‘Pay & Tranfer’;
  3. Pilih ‘JomPAY’;
  4. Masukkan Nombor Biller Code;
  5. Masukkan Nombor Akaun Bil Anda;
  6. Masukkan Nombor Telefon Anda;
  7. Masukkan Amaun Bayaran Anda; dan
  8. Sahkan Bayaran dan Simpan Resit untuk Rujukan

Penyediaan perkhidmatan bayaran secara online melalui JomPAY ini merupakan penambahbaikan dalam sistem terimaan bayaran DBKL. DBKL mengharapkan perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada penghuni PA/PPR DBKL dan warga kota untuk terus menjelaskan bayaran sewaan perumahan, bil air dan yuran perkhidmatan PA/PRR DBKL pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke kaunter bayaran DBKL.

Penghuni PA/PPR DBKL dan warga kota boleh hadir ke Kaunter Perkhidmatan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Tingkat Bawah, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah atau hubungi di talian 03-26176154 atau emelkan kepada sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan JomPAY ini. 

01-jompay-perumahan

02-jompay-perumahan

03-jompay-perumahan

04-jompay-perumahan