Ahad, 30 April 2017 [ 8:59:10 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Profil Jabatan

Objektif

Jabatan Audit Dalam (JAD) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diwujudkan dengan rasminya mulai 1 Julai 2011. Jabatan ini diterajui oleh Pengarah (W54) dengan kekuatan seramai 31 orang pegawai dan kakitangan. Pengarah Audit Dalam melapor terus kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.Selaras dengan kompleksiti fungsi dan tanggungjawab DBKL, JAD telah dikembangkan kapada lima bahagian iaitu :-

 

  1. Bahagian Audit Sektor Perancangan
  2. Bahagian Audit Sektor Sosio-Ekonomi
  3. Bahagian Audit Sektor Pengurusan Projek
  4. Bahagian Audit Sektor Pengurusan
  5. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

 

Kronologi perkembangan Jabatan ini diringkaskan seperti berikut :-

 

TahunPeristiwaPihak Dilapor
Diketuai
Bil. Pegawai
& Kakitangan
Bidang Pengauditan
1970an Penubuhan Seksyen Semakan & Audit, Jabatan Bendahari  Bendahari Bandaraya
-
32 orang Kewangan
1983 Pengasingan Fungsi Audit dari Semakan maka Unit Audit Dalam ditubuhkan Bendahari Bandaraya
W41
32 orang Kewangan
1989 Unit Audit Dalam diletakkan di bawah Ketua Pengarah Ketua Pengarah
W41
32 orang Kewangan
2006 Unit Audit Dalam dikeluarkan dari Jabatan Kewangan dan diletakkan di bawah Datuk Bandar Kuala Lumpur (Pekeliling Perbendaharaan Bil 9 Tahun 2004) Datuk Bandar Kuala Lumpur
W48
52 orang Kewangan & Prestasi
2011 Unit Audit Dalam dinaiktaraf sebagai jabatan Datuk Bandar Kuala Lumpur
W48
26 orang Kewangan & Prestasi, ICT & Siasatan
2015 Pertukaran Pengarah Datuk Bandar Kuala Lumpur
Jusa C
32 orang Kewangan & Prestasi, ICT & Siasatan
2016 Pertukaran Pengarah Datuk Bandar Kuala Lumpur
W54
31 orang Kewangan & Prestasi, ICT & Siasatan

 

VISI

Menjadi penyumbang utama kearah kecemerlangan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaras dengan amalan terbaik di samping meningkatkan kompetensi dalam sektor awam.

MISI

Melaksanakan pengauditan secara jujur, amanah dan bebas serta mengemukakan laporan yang seimbang kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pihak Pengurusan Tertinggi kearah meningkatkan akauntabiliti pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.