Ahad, 25 Ogos 2019 [ 10:10:12 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

Objektif

Menjalankan auditan berpandukan Rancangan Audit Tahunan bagi memastikan semua aktiviti serta tanggungjawab jabatan-jabatan yang dilaksanakan adalah mengikut peruntukan undang-undang, acara kewangan, peraturan kewangan, prosedur dan pekeliling yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mengemukakan laporan kepada Datuk Bandar mengenai hasil auditan.

 

Membantu menjaga imej Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dari segi pengurusan kewangan yang bersih, sempurna dan teratur.

 

Fungsi-fungsi utama Jabatan Audit Dalam adalah seperti berikut:

  1. Menentukan samada operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan dasar-dasar, undang-undang serta peraturan-peraturan dipatuhi.
  2. Menentukan kekukuhan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan rekod-rekod dalam Sistem Perakaunan dan Sistem Kawalan Dalaman.
  3. Menilai secara teratur dan sistematik operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan jabatan-jabatan di bawahnya dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan dan kekesanan.
  4. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki pengurusan kewangan, stok dan sumber-sumber lain demi meningkatkan akauntabiliti.
  5. Mengemukakan laporan bebas dan berkecuali kepada Datuk Bandar mengenai operasi jabatan-jabatan di bawah DBKL supaya beliau dapat membuat keputusan dengan tepat.

 

Perkhidmatan Kami

Jabatan Audit Dalam bertanggungjawab bagi menjalankan audit pengurusan kewangan dan audit prestasi. Audit Pengurusan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan samada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Audit Prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.