Tuesday, 19th February 2019 [ 10:23:38 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Kenyataan Tender Bil. 03/2019

Tarikh Iklan Tender : 24 Januari 2019

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2019/A015

Permohonan Sebagai Syarikat/Broker Insurans/ Broker Takaful Yang Menawarkan Perkhidmatan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Untuk Pegawai Dan Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Urusan Kontrak Untuk Tempoh 3 Tahun

 

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221801 Atau 221802

Tarikh Tender Dibuka

24 Januari 2019 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

07 Februari 2019 (Khamis)
RM300.00
2019/A016

Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap Kejur Dan Menaiktaraf Perabot-Perabot Landskap Di Taman-Taman Awam Dan Sekitar Wilayah Persekutuan

 

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori CE

Pengkhususan

CE21

Tarikh Tender Dibuka

24 Januari 2019 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

15 Februari 2019 (Jumaat)
RM300.00
2019/A017

Cadangan Mempertingkatkan Jalan-Jalan Di Sekitar Tanah Perkuburan Ampang, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur

 

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori CE

Pengkhususan

CE01 Dan CE21 Dan CE42 Dan CE43

Tarikh Tender Dibuka

24 Januari 2019 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

15 Februari 2019 (Jumaat)
RM400.00
2019/A018

Sistem Pemantauan Pembersihan Dan Kerja-Kerja Cerapan Data Bagi Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar (JKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

210102 Atau 210103 Atau 210104 Atau 210105 Atau 210106 Atau 210107 Atau 210108 Atau 210109

Tarikh Tender Dibuka

29 Januari 2019 (Selasa)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Bilik Mesyuarat (GF) Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar   KM 4, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur (kordinate: 3.125242,101.719274) 

Tarikh Tender Ditutup

20 Februari 2019 (Rabu)
RM350.00

 

  1. Dokumen tender 2019/A018 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2019/A018 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A018)

    2. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A018)
    3. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian (online) dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.