Friday, 26th April 2019 [ 10:59:17 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Kita Rancang Kuala Lumpur 2040

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa DBKL dalam proses semakan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur yang akan tamat tempoh pada 2020. Sehubungan dengan itu, satu sesi pemahaman dan pemakluman kepada warga kota dan pihak berkepentingan dan mendapatkan input serta pandangan dalam penyediaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan penyediaan Asas Rujukan Pelan Tempatan Kuala Lumpur akan dijalankan. Sesi pra rundingan akan dijalankan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 13, 14, 27 dan 28hb Februari 2019
Lokasi : Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB), Cheras
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

DBKL mengalu-alukan YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan untuk turut serta dalam mencorak pembangunan Kuala Lumpur 2040 dengan mengisi borang kaji selidik ini secara atas talian melalui pautan https://goo.gl/VKkhZp. YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan boleh mengemukakan pandangan sebelum 31 Mac 2019 (Ahad).

Bagi yang berminat untuk menghadiri sesi pra rundingan pada 28 Februari 2019, YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan boleh mendaftar secara atas talian melalui pautan https://goo.gl/QcagzB sebelum 21 Februari 2019 (Jumaat). Pihak urusetia akan menghubungi YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan untuk pengesahan kehadiran kerana tempat adalah terhad.

Jabatan Perancangan Bandaraya,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Menara DBKL 1, Jalan Raja laut,
50350 Kuala Lumpur.