Jumaat, 22 Mac 2019 [ 6:57:40 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 07/2019

Tarikh Iklan Tender : 13 Mac 2019

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2019/A038

Perkhidmatan Penyelenggaraan Kelengkapan Handheld Dan Mobile Printer Untuk Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

 

 

 

 

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

210101 Atau 210102 Atau 210104 Atau 210105

Tarikh Tender Dibuka

13 Mac 2019 (Rabu)

 

Tarikh Tender Ditutup

1 April 2019 (Isnin)
RM300.00
2019/A039

Penyenggaraan Jentera Jenama Komatsu, Case Dan Bomag Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun

 

 

 

 

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

110302 Atau 220106

Tarikh Tender Dibuka

13 Mac 2019 (Rabu

 

Tarikh Tender Ditutup

1 April 2019 (Isnin)
RM300.00
2019/A040

Projek “Comprehensive Maintenance And Support Services Of ePBT Financial Management System In Dewan Bandaraya Kuala Lumpur For 1 Year (2019-2020)”

 

 

 

 

 

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

210102 Atau 210103 Atau 210104 Atau 210105 Atau 210106 Atau 210107 Atau 210108 Atau 210109

Tarikh Tender Dibuka

13 Mac 2019 (Rabu)

 

Tarikh Tender Ditutup

1 April 2019 (Isnin)
RM350.00
2019/A041

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Pam Air Pancutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

 

 

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G4

Kategori ME

Pengkhususan

M15 Dan M20

Tarikh Taklimat Tapak

21 Mac 2019 (Khamis)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 11, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300, Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup

9 April 2019 (Selasa)
RM350.00
2019/A042

Cadangan Perlantikan Pengurus Bangunan Secara Menyeluruh Merangkumi Pengoperasian Tempat Letak Kereta, Kerja Pembersihan Bangunan, Kawalan Keselamatan Bangunan, Pengurusan Dewan Serbaguna, Pengurusan Pusat Penjaja Dan Kerja Penyelenggaraan Kecil Bangunan Di Bangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat Taman Segar, Cheras Kuala Lumpur

 

 

 

 

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221510 Dan 221001 Dan 221002

Tarikh Taklimat Tapak

27 Mac 2019 (Rabu)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

 

Bilik Gerakan

Jabatan Perancangan Ekonomi & Pembangunan

Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur, Tingkat 25, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup

15 April 2019 (Isnin)
 RM300.00
 2019/A043

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Pedestrian Walkway Zon 5, Kuala Lumpur (Dari Jalan Conlay, Jalan Stonor, Jalan Kia Peng, Jalan Perak Hingga Persiaran KLCC Termasuk Kawasan Berlandskap Sekitarnya) Untuk Tempoh 2 Tahun

 

 

 

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

222102 Dan 221002 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak

28 Mac 2019 (Khamis)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Bersebelahan Istana Terengganu

 

Tarikh Tender Ditutup

16 April 2019 (Selasa)
RM300.00
2019/A044

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

 

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

222102 Dan 221002 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak

3 April 2019 (Rabu)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

 

Pejabat Pengurusan Taman Tasik Permaisuri

(Bersebelahan Masjid Saidina Osman)

 

Tarikh Tender Ditutup

22 April 2019 (Isnin)
 RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2019/A041,2019/A042,2019/A043 Dan 2019/A044 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2019/A041,2019/A042,2019/A043 Dan 2019/A044 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan  oleh CIDB (2019/A041)
              

    2. Sijil asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) (2019/A041)

    3. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A042, 2019/A043 Dan 2019/A044)       


    4. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)(2019/A042, 2019/A043 Dan 2019/A044)
    5. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian (online) dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.