Thursday, 30th January 2020 [ 2:15:53 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

MANUAL KLASIFIKASI FAIL DBKL

             manualklasifikasifile1  manualklasifikasifile2     

Manual Klasifikasi Fail yang dilancarkan pada 18 Mac 2019 merupakan kejayaan bermakna buat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Pihak Berkuasa Tempatan PERTAMA YANG BERJAYA MEMBANGUNKAN KLASIFIKASI FAIL serta MENDAHULUI 148 PBT LAIN. Pelbagai cabaran dan kesukaran yang dilalui sepanjang membangunkan Klasifikasi Fail ini sejak tahun 2012. Namun, segalanya dapat ditangani berkat kerjasama dan kesepakatan dikalangan semua yang terlibat. Penyediaan manual ini memakan masa 5 tahun

 

Manual yang dihasilkan DBKL ini merangkumi Klasifikasi Fail berdasarkan fungsi yang meliputi rekod Urusan Am dan rekod Urusan Fungsian. Dengan adanya Klasifikasi Fail Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini, akan wujud keseragaman dan penyelarasan dalam pengurusan rekod Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sistematik dan berkesan, disamping memudahkan capaian maklumat yang tepat dan cepat serta mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

SYABAS DBKL!!!