Ahad, 26 Mei 2019 [ 6:15:53 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 11/2019

Tarikh Iklan Tender : 29 April 2019

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor / pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan / atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2019/A066

Cadangan Mempertingkatkan Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan Imbi Kuala Lumpur

Berdaftar Dengan CIDB
Gred G5
Kategori CE
Pengkhususan
CE01 Dan
CE21 

Tarikh Tender Dibuka
29 April 2019 (Isnin)


Tarikh Tender Ditutup
17 Mei 2019 (Jumaat)

RM400.00
2019/A067

Cadangan Membina Rumah Pam Bagi Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Lorong Kiri 15, Kampung Datuk Keramat Dan Kawasan Sekitarnya Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Gred G4 Kategori CE Pengkhususan CE06 Dan CE21 

Tarikh Tender Dibuka

29 April 2019 (Isnin)

 

Tarikh Tender Ditutup
17 Mei 2019 (Jumaat)

 

RM300.00 
2019/A068  Cadangan Mempertingkatkan Sistem Saliran Utama Untuk Mengatasi Masalah Banjir Di Sekitar Persimpangan Jalan Klang Lama Dan Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Untuk Tetuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  Berdaftar Dengan CIDB Gred G5 Kategori CE Pengkhususan CE06 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka
29 April 2019 (Isnin)


Tarikh Tender Ditutup
17 Mei 2019 (Jumaat)

RM350.00 
2019/A069 Cadangan Membina Dan Menyiapkan: 1) Jejantas Pejalan Kaki Merentasi Jalan Raja Abdullah Yang Menyambungkan Dengan Jejambat Stesen LRT Dang Wangi 2) Siarkaki Berbumbung Serta Kerja-kerja Berkaitan Di Sebahagian Jalan Raja Abdullah, Sebahagian Jalan Sultan Ismail Dan Sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk Tetuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berdaftar Dengan CIDB Gred G7 Kategori CE Pengkhususan CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka

29 April 2019 (Isnin)

 


Tarikh Tender Ditutup
13 Mei 2019 (Isnin)

 

RM350.00 
2019/A070 Cadangan Menguruskan Projek, Membersih, Mengorek, Membuang Mendapan, Mengeluarkan Hasil Batuan Dan Menambahbaik Di Atas Sebahagian kolam Takungan Tebatan Banjir Kg. Bohol, Di Lot 38560, Mukim Petaling, Kuala Lumpur.

Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 221006

 

Dan

 

Berdaftar Dengan CIDB Gred G6 Kategori CE Pengkhususan CE21

Tarikh Tender Dibuka

29 April 2019 (Isnin)

 


Tarikh Tender Ditutup
17 Mei 2019 (Jumaat)

 

 RM300.00
2019/A071 Supply and Delivery Of Twenty One (21) Units Passenger Van

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 110103

 Tarikh Tender Dibuka

29 April 2019 (Isnin)

 


Tarikh Tender Ditutup
17 Mei 2019 (Jumaat)

 

RM300.00 
 2019/A072 Membekal, Menghantar Dan Menyerahguna Barang-Barang (Kayu Dan Papan Lapis) ke Stor Pusat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun  Bumiputera Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 090101

 Tarikh Tender Dibuka

29 April 2019 (Isnin)


Tarikh Tender Ditutup
17 Mei 2019 (Jumaat)

RM300.00 
2019/A073 Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Landskap Bagi Taman Orkid Dan Taman Bunga Raya & Bunga-Bungaan Yang Mengandungi : 3 Unit Pavilion 1 Tingkat Berbumbung , Sebuah ‘ Welcome Centre’ 1 Tingkat Berbumbung, Sebuah Galeri Pameran Dan Ruang Serbaguna 1 Tingkat Berbumbung, Ruang Pejalan Kaki Dan Pentas Serbaguna, Kolam Dan Air Terjun, 3 Buah Pergola, Sebuah Monumen Bertingkat, Ruang Pejalan Kaki Dan Ruang Legar, Air Pancuran, Dan ‘Feature Wall Entrance’ Di Taman Botani Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Tetuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Berdaftar Dengan CIDB Gred G6 Kategori CE Pengkhususan CE14 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak 

7 Mei 2019 (Selasa)

 

11.00 Pagi - 12.00 Tengahari Panggung Anniversari Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup
21 Mei 2019 (Selasa)

 

 RM400.00

 

  1. Dokumen tender 2019/A073 hanyaboleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2019/A073 adalah DIWAJIBKAN.  PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-
    1. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB
    2. Cop Syarikat (Rubber Stamp).
  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran jua pun.