Khamis, 17 Oktober 2019 [ 7:44:30 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Program Gotong Royong Sempena Sambutan Jubli Emas Hari Penguatkuasa DBKL ke 50 tahun

             programgotongroyongjubliemas1  programgotongroyongjubliemas2     

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengadakan Program Gotong Royong Sempena Sambutan Jubli Emas Hari Penguatkuasa DBKL ke 50 tahun pada tahun ini bertempat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah.

 

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Nor Hisham A. Dahlan dengan kehadiran bersama YBhg. Datuk Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-ekonomi) dan YBhg. Datuk Hj. Mustafa Mohd Nor, Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL, pagi tadi.

 

Program gotong royong dan pembersihan di tapak perkuburan Islam ini merupakan salah satu program khidmat sosial yang diadakan setiap tahun bersempena sambutan hari penguatkuasa DBKL.

 

Program amal ini telah disertai oleh 320 orang pegawai, kakitangan, anggota penguatkuasa DBKL dan jabatan dalaman DBKL serta wakil agensi sahabat JAWI, Alam Flora dan penduduk Kampong Puah.

 

Program amal seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa di lokasi-lokasi yang lain dan pihak DBKL sentiasa mengalukan-alukan kerjasama serta penyertaan mana-mana agensi sahabat atau pihak yang ingin terlibat sama.

 

DBKL mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program ini.