Sabtu, 24 Ogos 2019 [ 9:37:26 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 19/2019

Tarikh Iklan Tender: 06 Ogos 2019

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

 ** Ralat Kenyataan Tender Bil. 19/2019

 

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN

2019/A130

Projek Digital Signage Bagi Menaiktaraf Paparan Di Menara DBKL 1,2 Dan 3

Bumiputera
Berdaftar Dengan CIDB
Kod Bidang
Gred G3
Kategori ME Pengkhususan
E04 dan E07 dan E11 dan E12 dan E14

Dan

Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210101 dan 210103 dan 210104 dan 210105 dan 210108

Tarikh Tender Dibuka

6 Ogos 2019 (Selasa)

 

Tarikh Tender Ditutup

26 Ogos 2019 (Isnin)

RM300.00

2019/A131

Kerja – Kerja Membekal , Memasang Dan Menyelenggara Sistem Penyejuk Dan Precision Dan Konsolidasi Server Di Pusat Data, Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS), Bukit Jalil Bagi Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Pengangkutan Bandar Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh 2019 Hingga 2021

Bumiputera
Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori ME Pengkhususan
M01 dan E11

Dan

Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210103 dan 210105 dan 210107 dan 210202 dan 220301

Tarikh Tender Dibuka

6 Ogos 2019 (Selasa)

 

Tarikh Tender Ditutup

26 Ogos 2019 (Isnin)

RM300.00

2019/A132

Kerja Penyelenggaraan Jentera Pembakar Mayat Dan Bangkai Haiwan Serta Peralatan Berkaitan Di Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Selama Dua (2) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori ME Pengkhususan
M15 Dan M20

Tarikh Tender Dibuka

6 Ogos 2019 (Selasa)

 

Tarikh Tender Ditutup

19 Ogos 2019 (Isnin)

RM300.00

2019/A133

Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Di Kawasan Parlimen – Parlimen Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bumiputera
Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori CE Pengkhususan CE01 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka

6 Ogos 2019 (Selasa)

 

Tarikh Tender Ditutup

26 Ogos 2019 (Isnin)

RM450.00

2019/A134

Cadangan Mempertingkatkan Sistem Perparitan Induk Dan Sistem Pengurusan Air Hujan Di Taman Bukit Mas, Kuala Lumpur

Berdaftar Dengan CIDB
Gred G5
CE08 Dan CE10 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka

6 Ogos 2019 (Selasa)

 

Tarikh Tender Ditutup

26 Ogos 2019 (Isnin)

RM300.00

2019/A135

Perkhidmatan Pembersihan Perumahan Awam Setapak Jaya 1 A Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera
Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221001 dan 221002 dan 221003

Tarikh Taklimat Tapak

8 Ogos 2019 (Khamis)

09.30 Pagi - 10.30 Pagi
Dewan Persatuan Penduduk Setapak Jaya 1A Blok 1,
Perumahan Awam Setapak Jaya 1A
Setapak, 53300

 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

21 Ogos 2019 (Rabu)

RM300.00

2019/A136

Perkhidmatan Pembersihan PPR Hiliran Ampang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera
Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221001 dan 221002 dan 221003

Tarikh Taklimat Tapak

8 Ogos 2019 (Khamis)

11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Blok B-00-04
Bilik Persatuan Penduduk PPR Hiliran Ampang,
Jalan Ampang Putra
55100 Kuala Lumpur


Tarikh Tender Ditutup

21 Ogos 2019 (Rabu)

RM300.00

2019/A137

Cadangan Pembangunan Menaiktaraf Landskap Kawasan Plaza, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur

Berdaftar Dengan CIDB
Gred G5
Kategori CE
Pengkhususan CE14 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak

14 Ogos 2019 (Rabu)

09.30 Pagi - 10.30 Pagi
Plaza Taman Tasik Metropolitan Kepong , Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup

3 September 2019 (Selasa)

RM400.00



  1. Dokumen tender  2019/A135, 2019/A136, dan 2019/A137 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender  2019/A135, 2019/A136, dan 2019/A137 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    (i)  Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2019/A135, 2019/A136)

    (ii)  Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A135, 2019/A136)

    (iii)  Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A137)

    (iv)  Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran jua pun.