Sabtu, 24 Ogos 2019 [ 9:37:14 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Portal Idea Bajet 2020

Sukacita dimaklumkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam proses penyediaan Bajet 2020. Bagi memastikan Bajet 2020 dapat disediakan dengan baik dan memenuhi keperluan warga kota, cadangan dan syor dari warga kota amat dialu-alukan.
 
Justeru, sebagai langkah menambahbaik perkhidmatan satu portal Idea Bajet DBKL 2020 diwujudkan sebagai salah satu saluran mendapatkan cadangan dari warga kota. Sehubungan dengan itu, DBKL mempelawa pihak YBhg. Tan Sri / Datuk Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan untuk mengemukakan cadangan dan syor yang sesuai bagi tujuan tersebut.
 
Maklumbalas yang dikemukakan akan diambilkira dalam perancangan aktiviti / projek Bajet 2020. Cadangan boleh dikemukakan mengikut 8 program utama yang selari dengan fungsi DBKL seperti berikut :
  1. Pembersihan Bandar dan Kesihatan
  2. Kemudahan Infrastruktur Jalan Raya, Sistem Lalulintas dan Saliran
  3. Penghijauan, Kemudahan Taman dan Kemudahan Rekreasi
  4. Penyelenggaraan Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat
  5. Kesejahteraan Komuniti
  6. Pengurusan Penjaja dan Peniaga Kecil
  7. Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan
  8. Kemudahan Awam Lain

 

Oleh yang demikian, sebarang cadangan boleh dikemukakan mengikut program melalui capaian https://sites.google.com/view/ideabajet/utama. Tarikh tutup cadangan pada 31 Ogos 2019.

 

Cadangan dan syor YBhg. Tan Sri / Datuk Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.