Isnin, 21 Oktober 2019 [ 7:49:04 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perumahan Bandar (Micro Housing) Di Premis 54 Dan 56, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Isu peningkatan harga rumah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur adalah antara masalah yang paling menyulitkan rakyat, terutamanya kepada warga kota untuk memiliki kediaman atau untuk menyewa dengan harga yang berpatutan. Antara golongan yang paling terbeban dengan masalah ini ialah generasi muda yang baru memulakan kehidupan di Kuala Lumpur. Bagi meringankan masalah ini maka DBKL telah mewujudkan perumahan bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa.
 
Setiap unit kediaman dengan keluasan 7.2 meter persegi akan disediakan dengan kemudahan asas, iaitu sebuah katil dan almari. Walau bagaimanapun, para penyewa boleh menambah apa-apa keperluan yang dibenarkan seperti di dalam syarat-syarat sewaan seperti meja, kerusi atau rak yang bersaiz kecil.
 
Untuk makluman, tarikh permohonan penyewaan Perumahan Bandar telah dibuka mulai 20 Ogos 2019. Permohonan bagi penyewaan Perumahan Bandar ini boleh dibuat melalui laman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my
 
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Bujang (Belum Berkahwin);
  3. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun;
  4. Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019);
  5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5 km radius dari Perumahan Bandar);
  6. Tidak memiliki rumah;
  7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25 km radius dari Perumahan Bandar;
  8. Tidak mempunyai kereta; dan,
  9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (golongan pelajar tidak layak).

 

Konsep pelaksanaan sewaan bilik bagi Perumahan Bandar adalah kemudahan penyewaan bilik kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan bekerja di mana sewaan bilik adalah secara berkongsi, iaitu 1 bilik yang melibatkan 4 katil atau 1 bilik yang melibatkan 6 katil. Tempoh Penyewaan ialah 12 bulan (minimum) dan 18 bulan (maksimum). Kadar sewaan yang dikenakan ialah RM 100.00 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air. Cagaran sewa diambil untuk dua (2) bulan.