Selasa, 12 November 2019 [ 10:38:41 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA RASMI KOMPLEKS PELAWAT DAN TAMAN ETNOBOTANI

             etnobotani2  etnobotani1     

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah hadir untuk merasmikan Kompleks Pelawat & Taman Etnobotani @ Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada Jumaat, 30 Ogos yang lalu.

 

Kompleks Pelawat ini meliputi bangunan herbarium, pusat interpretasi, bilik taklimat, Rumah Kartun dan kedai cenderahati. Ia merupakan pintu masuk utama di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur yang mempunyai maklumat berkenaan Taman Botani Perdana ini.

 

Taman Etnobotani siap dibina pada April 2019 dengan keluasan 2.49 ekar. Ia merupakan sebahagian daripada program konservasi dan pembelajaran bagi Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Taman ini mempamerkan pelbagai koleksi spesis pokok yang mempunyai kegunaan kepada manusia sebagai sumber makanan, ubatan, kecantikan, adat dan keagamaan.

 

Pelbagai spesis pokok ditanam dan dipamer di taman ini merangkumi pokok teduhan, palma, pokok renek dan herba. Taman ini lebih menekankan konsep pembelajaran dalam taman yang lebih santai.