Selasa, 17 September 2019 [ 11:24:55 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Bangunan Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur Di Guiding Gallery, Jalan Mahkamah Persekutuan

(A) MAKLUMAT PERMOHONAN

Pelawaan dibuka kepada mana-mana perniagaan / syarikat Bumiputera yang berdaftar dan beralamat di sekitar Lembah Klang untuk menyewa bangunan milik Datuk Bandar Kuala Lumpur yang mengandungi 1 tingkat Pusat Informasi, 1 tingkat Kafeteria dan 2 tingkat Menara Tinjau di Guiding Gallery, Jalan Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi tempoh tiga (3) tahun. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

 

Wajib

  1. Borang permohonan sewa
  2. Dokumen sokongan wajib (Rujuk perkara 2 borang permohonan sewa)

 

Pilihan (Wajib ada sekurang-kurangnya salah satu dokumen)

  1. Kertas cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa);
    atau / dan
  2. Slideshow pembentangan bagi cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa)

 

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh waktu pejabat sahaja antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

(B) TAKLIMAT RINGKAS

Sesi taklimat ringkas berkenaan penyewaan bangunan tersebut akan diadakan pada 11 September 2019 (Rabu) jam 3.00 petang di alamat seperti berikut:

Bilik Mesyuarat Sri Delima
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 5, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

 

(C) TARIKH TUTUP

Tarikh tutup penerimaan permohonan adalah pada 25 September 2019 (Rabu) sebelum jam 12 tengahari di alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Bangunan Khas
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 3, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

 

Untuk sebarang pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Nur Syahida Binti Anuar  03-26171000 / 03-26171108
Puan Noradila Binti Sulaiman   03-26171000 / 03-26171114