Selasa, 17 September 2019 [ 11:38:01 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Iklan Jawatan Kosong Bertarikh 7 September 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

 

1)

Ketua Unit Muzik Gred B47 (Kontrak)

2)

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (Kontrak/Tetap)

3)

Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19 (Kontrak/Tetap)

** Klik di sini untuk melihat iklan penuh

 

 

CARA MEMOHON :

  1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem ePengambilan DBKL (https://apps.dbkl.gov.my/epengambilan)

  2. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah, SPM dan Sijil dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

  3. Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, SPM dan Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga.

 

CATATAN :

  1. Borang permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.


Tarikh Iklan Disiarkan         :   7 SEPTEMBER 2019 (SABTU)

Tarikh Tutup Iklan               :   21 SEPTEMBER 2019 (SABTU)