Khamis, 17 Oktober 2019 [ 7:38:53 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lukisan Mural PPR Sri Pantai

             MuraldiPPR1  MuraldiPPR3  

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lukisan Mural PPR Sri Pantai telah diadakan pada 16 September 2019 yang lalu di Perkarangan Blok 100 PPR Sri Pantai, Kuala Lumpur.

 

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bermula sejak 4 Ogos 2019 dan berakhir pada 6 September 2019. 2 blok telah menyertai pertandingan ini iaitu Blok 100 dan Blok 102. Lukisan-lukisan Mural ini telah dilukis di setiap tingkat di lobi lif kedua-dua blok.

 

Penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nor Hisham bin A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Turut hadir bersama ialah YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan YBhg. Datuk Ibrahim bin Yusoff, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL.

 

Untuk Blok 100, tempat pertama telah dimenangi oleh Tingkat 7 yang membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta sijil penyertaan dan tempat kedua disandang oleh Tingkat 10 diikuti Tingkat 13 untuk tempat ke 3. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM800 dan RM600 berserta sijil penyertaan.

 

Manakala untuk Blok 102 pula, tempat pertama dimenangi oleh Tingkat 14, tempat ke 2 oleh tingkat 5 dan tingkat 9 tempat ke 3. Hadiah yang dimenangi adalah sama seperti di blok 100.

 

Inisiatif DBKL ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk mengindahkan kawasan lobi lif disamping mewujudkan rasa tanggungjawab dan sayang oleh penduduk terhadap kawasan perumahan mereka.

 

Ianya juga bagi menyangkal beberapa impak negatif yang menggambarkan perumahan PPR sebagai perumahan yang tidak teratur disebaliknya program seumpama ini dapat mewujudkan semangat kekitaan, meningkatkan tahap keceriaan dan mengindahkan persekitaran.

 

Semangat usahasama dan kekitaan yang ditonjolkan oleh penduduk menggambarkan bahawa mereka adalah masyarakat yang berminda kelas pertama dan menepati slogan Kuala Lumpur sebagai Lembah Perpaduan.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Nor Hisham A. Dahlan turut mengumumkan bahawa, gambar-gambar mural yang dilukis ini akan diabadikan dan diterbitkan di kalendar tahunan DBKL.

 

 

Syabas kepada semua pemenang dan penduduk PPR Sri Pantai.