Khamis, 17 Oktober 2019 [ 7:36:13 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Datuk Bandar Hadiri Pertandingan Sukan Berkuda Antara Badan Beruniform

             showjumping2  showjumping1  

Pertandingan Sukan Berkuda Antara Badan Beruniform telah diadakan di Unit Berkuda, Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Taman Tasik Titiwangsa sempena dengan sambutan Jubli Emas Hari Penguatkuasa ke-50 tahun

 

Pelbagai acara telah dipertandingkan termasuklah acara 'fancy dress' atau pakaian beragam oleh anak-anak istimewa. Acara ini dimenangi oleh adik Naridein Nisrina Amira Binti Fahril Sahimie yang memakai busana bertemakan gadis Red Indian.

 

Antara kelab-kelab yang telah menghantar wakil dalam pertandingan ini adalah DBKL, Perbadanan Putrajaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Pusat Ekuestrian Angkatan Tentera Malaysia (MAFEC).

 

Sebagai juara keseluruhannya DBKL telah memungut empat pingat emas, tiga pingat perak dan empat pingat gangsa, diikuti dengan PDRM, satu emas, manakala Perbadanan Putrajaya pula membawa pulang dua perak, dan satu gangsa.

 

Syabas kepada semua pemenang.