Khamis, 17 Oktober 2019 [ 7:30:25 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 22/2019

Tarikh Iklan Tender: 25 September 2019

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2019/A156 Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jejambat, Jambatan, Terowong, Pagar Keselamatan Dan Lain-Lain Perabot Jalan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama 2 Tahun
Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori CE
Pengkhususan CE11

Tarikh Tender Dibuka
25 September 2019 (Rabu)

 

Tarikh Tender Ditutup
  14 Oktober 2019 (Isnin)

RM350.00
2019/A157 Cadangan Kerja-Kerja Penyelenggaraan “Expansion Joint” Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jejambat Dan Jambatan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama 2 Tahun
Bumiputera
Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori CE
Pengkhususan CE11

Tarikh Tender Dibuka
25 September 2019 (Rabu)

 

Tarikh Tender Ditutup
  14 Oktober 2019 (Isnin)

 

RM300.00
2019/A158 Cadangan Menaiktaraf Dan Membaikpulih Struktur Landskap Kejur Di Sekitar Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Berdaftar Dengan CIDB
Gred G5
Kategori CE
Pengkhususan CE21

Tarikh Taklimat Tapak
2 Oktober 2019 (Rabu)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana

 

Tarikh Tender Ditutup
21 Oktober 2019 (Isnin)

 

RM300.00
2019/A159 Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Tugu Negara, Padang Merbok, Susur Lebuhraya Sultan Iskandar-Jalan Parlimen Dan Sepanjang Jalan Parlimen Dari Pintu Gerbang Ke Bulatan Dato Onn
Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221002 Dan
222102 Dan
222104

Tarikh Taklimat Tapak
2 Oktober 2019 (Rabu)

 

11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Plaza Tugu Negara,
Tugu Peringatan Negara,
Persiaran Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
15 Oktober 2019 (Selasa)

RM300.00
2019/A160 Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Pemantauan Tahap Keselamatan Makanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210101 Dan
210103 Dan
210104 Dan
210108 Atau
210106 Atau
210109

Tarikh Taklimat Tapak
3 Oktober 2019 (Khamis)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Bilik Gerakan, Tkt. 3, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
22 Oktober 2019 (Selasa)

RM300.00
2019/A161 Perkhidmatan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Landskap Di Taman Rimba Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur
Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210101 Dan
210102 Dan
210104 Dan

Tarikh Taklimat Tapak
3 Oktober 2019 (Khamis)

 

11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat Letak Kereta, Taman Rimba Bukit Kerinchi

 

Tarikh Tender Ditutup
22 Oktober 2019 (Selasa)

 

RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2019/A158, 2019/A159, 2019/A160, 2019/A161 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2019/A158, 2019/A159, 2019/A160, 2019/A1614 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    (i)  Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2019/A158

    (ii)  Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A159, 2019/A160, 2019/A161)

    (iii)  Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A159, 2019/A160, 2019/A161)

    (iv)  Cop Syarikat (Rubber Stamp)


  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran jua pun.