Saturday, 23rd September 2017 [ 4:41:16 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Pengangkutan Khas ke Tempat Kerja (PKKTK) DBKL Shuttle

(PKKTK) DBKL Shuttle (PKKTK) DBKL Shuttle

Sejak 20 Mac yang lalu, DBKL telah menyediakan kemudahan pengangkutan kepada kakitangannya untuk ke tempat kerja dan menjadi agensi kerajaan pertama yang menyediakan kemudahan tersebut kepada kakitangannya. Projek perintis ni adalah hasil daripada permohonan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada pihak pengurusan DBKL pada 9 Januari 2014 yang lalu.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Phesal bin Haji Talib dan Presiden CUEPACS, Encik Azih Muda telah merasmikan projek perintis ini dan secara simbolik meletakkan tanda pelekat ‘DBKL Shuttle’ pada sebuah bas dan sebuah van milik DBKL di perkarangan tempat letak kenderaan Menara 1, DBKL pada 24 Mac 2014.

 

Projek ini dilihat dapat membantu sebahagian kakitangan mengurangkan kos pengangkutan ke tempat kerja justeru dapat mengurangkan kesesakan lalulintas dan volume kenderaan di jalan raya terutamanya semasa waktu puncak. Buat permulaan, sebanyak 2 buah bas dan 4 buah van sahaja digunakan bagi kemudahan pengangkutan khas ini. Sebanyak 4 lokasi menunggu berdasarkan stesen LRT/ KOMUTER telah dicadangkan iaitu di STAR LRT Bandar Tun Razak, Star LRT Sentul, Putra LRT Wangsa Maju dan KOMUTER Batu Caves.