Khamis, 17 Oktober 2019 [ 7:51:10 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Program Komuniti Sejahtera - Inisiatif Wilayah Peduli

             PPRRejang2  PPRRejang1  

Program Komuniti Sejahtera - Inisiatif Wilayah Peduli yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan di PPR Desa Rejang, Setapak.

 

Inisiatif ini adalah dengan kerjasama PDRM dan AADK yang mana anggota-anggota mereka ditempatkan untuk tinggal di kawasan- kawasan PA / PPR milik DBKL bagi memastikan keberadaan mereka di kalangan warga kota. Dengan itu penglibatan secara langsung oleh agensi- agensi dapat dilaksanakan dengan kadar lebih mesra dan pantas.

 

Kehadiran mereka dalam komuniti di PA / PPR akan dapat menjamin keselamatan dan kesejahtera penghuni-penghuninya.

 

Dilancarkan juga pada hari ini program 1 Kediaman 1 Graduan dengan kerjasama PURE Education dan UITM bagi memberi peluang anak- anak di PA/PPR melanjutkan pelajaran sambil memperolehi jaminan pekerjaan dengan minima kelulusan SPM. Dalam tempoh bekerja sambil belajar ini mereka akan diberi elaun RM500 sebulan manakala pembiayaan pelajaran ditanggung sepenuhnya. Tawaran program ini juga akan dikembangkan kepada anak-anak yg tinggal di lain-lain PA/PPR DBKL.

 

Bagi mereka yang ingin menyertai program ini boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar DBKL.