Khamis, 17 Oktober 2019 [ 7:36:47 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Makluman Operasi Task Force 17 Kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Dan Perbadanan Pengurusan (MC) Di Bangunan Berstrata Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan pasukan Task Force Bersepadu 17 bagi mengutip tunggakan hasil DBKL. Operasi task force ini akan dilaksanakan bagi tempoh 25 September 2019 sehingga 30 November 2019.
 
Sehubungan itu, bagi memudahkan proses kutipan tunggakan hasil ini berjalan dengan lancar, pihak pengurusan bangunan berstrata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) diminta memberikan kerjasama kepada ahli-ahli pasukan task force DBKL yang terdiri daripada kakitangan DBKL untuk memberikan kebenaran dan maklumat yang diperlukan semasa operasi dilaksanakan.

 

Surat edaran pemakluman boleh dimuat turun di sini.