Selasa, 12 November 2019 [ 9:04:54 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Majlis Pelancaran Laluan Baharu (Biru Firus) dan Sistem Aplikasi GoKL

             birufirus1  birufirus2  

Majlis Pelancaran Laluan Baharu (Biru Firus) dan Sistem Aplikasi GoKL telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir mengiringi, Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa; Encik Muhammad Nizam Alias, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana; dan ketua-ketua jabatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

Perkhidmatan bas GoKL ini adalah inisiatif kerajaan dalam menyediakan bas percuma kepada warga kota bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bandaraya Kuala Lumpur. Berkonsepkan "first and last mile", perkhidmatan bas GoKL adalah boleh diharap, mampu dibayar, mudah diakses, selamat dan selesa.

 

Terdapat enam laluan bas GoKL sedia ada iaitu Green Line (KLCC - Bukit Bintang), Purple Line (Pasar Seni - Bukit Bintang), Red Line (HAB Titiwangsa - KL Sentral), Blue Line (HAB Titiwangsa - Bukit Bintang), Orange Line (HAB Titiwangsa - MINDEF) dan Pink Line (HAB LRT Universiti - PPR Seri Pantai).

 

DBKL dengan kerjasama Rapid Bus Sdn. Bhd terus komited dalam menyediakan perkhidmatan awam pengangkutan percuma Bas GoKL kepada warga kota. Oleh yang demikian, penwujudan laluan baharu telah diperluas ke kawasan yang padat dengan penduduk. Laluan ke-7 telah diperkenal iaitu Laluan HAB LRT Dato' Keramat - Kelumpuk Bambu (Setiawangsa). Kekerapan laluan ini adalah setiap 15 minit dan panjang laluan adalah sepanjang 10 kilometer.

 

Perkhidmatan bas percuma di laluan strategik diharapkan dapat mengurangkan beban kehidupan warga kota dan mengurangkan kesesakan lalu lintas serta merealisasikan hasrat DBKL untuk menjadi bandaraya bebas karbon.