Selasa, 12 November 2019 [ 9:02:08 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Sambutan Hari Penguatkuasa ke-50 Jabatan Penguatkuasaan DBKL

             Hari Penguatkuasa Jubli Emas1 Hari Penguatkuasa Jubli Emas2   

Sambutan Hari Penguatkuasa ke-50 Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Jabatan Penguatkuasaan DBKL. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Antara tetamu-tetamu yang turut hadir bagi menyokong penuh sambutan ini adalah Dato’ Nor Hisham Bin A. Dahalan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan ketua-ketua jabatan DBKL.

 

Perbarisan dan perarakan ini merupakan satu majlis yang amat bermakna bagi sebuah pasukan beruniform. Ini bersesuaian dengan hasrat DBKL untuk menjadikan Jabatan Penguatkuasaan sebuah jabatan yang berkuasa, kukuh dan mantap.

 

Mengulas ucapan YB Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad, “harapan saya agar warga Jabatan Penguatkuasaan dapat bersatu dan menerima segala kritikan dan teguran dari pelbagai pihak secara terbuka serta memperbaiki kelemahan sedia ada demi kebaikan jabatan.