Selasa, 12 November 2019 [ 9:01:10 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Majlis Pelancaran Garis Panduan Rumah Sementara Pekerja dan Panel KIK Jabatan Kawalan Bangunan

             GarisPanduan    

Majlis Pelancaran Garis Panduan Rumah Sementara Pekerja dan Panel KIK Jabatan Kawalan Bangunan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nor Hisham bin A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur di ruang legar, Menara DBKL 1, Kuala Lumpur. Turut sama dalam majlis pelancaran ini ialah Puan Sr. Norizan binti Sulaiman, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan dan Encik Ismawijaya Zah bin Mohamed Jais, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kawalan Bangunan DBKL.

 

Garis Panduan Rumah Sementara Pekerja di Tapak Pembinaan ini merupakan inisiatif DBKL kepada pihak Pemaju untuk menyediakan rumah sementara pekerja di dalam tapak binaan supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan bersih.

 

DBKL adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang melaksanakan garis panduan seperti ini. Piawaian ini dapat memberikan impak positif dalam isu sosial, keselamatan orang ramai dan pengawalan pekerja di tapak binaan.