Selasa, 12 November 2019 [ 9:18:50 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 24/2019

Tarikh Iklan Tender: 6 November 2019

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

** Ralat Kenyataan Tender Bil. 24/2019

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2019/A173 Supply And Delivery Of Twenty One (21) Unit Passenger Van
Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
110103

Tarikh Tender Dibuka
6 November 2019 (Rabu)

Tarikh Tender Ditutup
  25 November 2019 (Isnin)

RM300.00
2019/A174 Pembangunan Sistem Kawalan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210103 Dan 210104 Dan 210110 Atau 210102 Atau 210106 Atau 210107 Atau 210108

Tarikh Tender Dibuka
6 November 2019 (Rabu)

Tarikh Tender Ditutup
25 November 2019 (Isnin)

RM300.00
2019/A175 Sistem Pemantauan Pembersihan Dan Kerja - Kerja Cerapan Data Bagi Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar (JKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210102 Atau 210103 Atau 210104 Atau 210105 Atau 210106 Atau 210107 Atau 210108 Atau 210109
 

Tarikh Taklimat Tapak
14 November 2019 (Khamis)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar (JKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KM4, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup
3 Disember 2019 (Selasa)

RM300.00
2019/A176 "To Supply, Delivary, Installation, Commisioning, Testing, Documentations And Support Services Of Backup And Restore For Financial Management System, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur"
Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang 210102 Atau 210103 Atau 210104 Atau 210105 Atau 210106 Atau 210109

Tarikh Tender Dibuka
6 November 2019 (Rabu)

Tarikh Tender Ditutup
25 November 2019 (Isnin)

RM300.00
2019/A177 Cadangan Peningkatan Dan Pelebaran Jalan Di Jalan Yew Dan Jalan Sungai Besi (Diantara Bulatan Kampung Pandan Dengan Lebuhraya Sungai Besi Dan Lebuhraya KL-Seremban) Kuala Lumpur (Reka Dan Bina) (Pra Kelayakan)
Berdaftar Dengan CIDB
Gred G7 Kategori CE Pengkhususan CE01 Dan CE02 Dan CE10 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka
6 November 2019 (Rabu)

Tarikh Tender Ditutup
25 November 2019 (Isnin)

RM300.00
2019/A178

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Sistem Peralatan Elektrik Untuk Unit Sewa Dan Jual Di Kawasan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3
Kategori ME
Pengkhususan E04 Dan E07 Atau E11 Dan E07

Tarikh Taklimat Tapak
13 November 2019 (Rabu)

9:30 Pagi – 10:30 Pagi

Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup
2 Disember 2019 (Isnin)

RM350.00
2019/A179

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Pedestrian Walkway Dan Kawasan Landskap - Zon 3, (Sepanjang Jalan Ampang Termasuk Kiri, Tengah Dan Kanan Bermula Dari Renaissance Hotel Hingga Ke Stesen LRT Jalan Ampang, Jalan Pinang, Taman Jalan Pinang Dan Jalan Perak Termasuk Kawasan Berlandskap Sekitarnya) Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak
13 November 2019 (Rabu)

11:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Taman Jalan Pinang

Tarikh Tender Ditutup
2 Disember 2019 (Isnin)

RM300.00
  1. Dokumen tender 2019/A175, 2019/A178 Dan 2019/A179 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2019/A175, 2019/A178 Dan 2019/A179 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    (i)  Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2019/A178)

    (ii)  Sijil asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) (2019/A178)

    (iii)  Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (2019/A175 Dan 2019/A179  (iv)  Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A175 Dan 2019/A179) (v)  Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran jua pun.