Ahad, 15 Disember 2019 [ 7:19:43 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

PESTA SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SEMALAYSIA (SPASM) KE-23

             spasm1 spasm2   

Pesta Sukan Perpustakaan Awam SeMalaysia (SPASM) merupakan acara yang diadakan setiap dua (2) tahun sekali sejak tahun 1984 dan penganjurannya adalah mengikut penggiliran oleh semua Perpustakaan Awam Negeri di Malaysia.

 

Perpustakaan Awam Negeri Kedah Darul Aman telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi edisi ke-23 ini. Tarikh pesta sukan SPASM 2019 adalah 20 hingga 24 Oktober 2019. Kontinjen Perpustakaan Kuala Lumpur telah menghantar seramai 115 orang yang terdiri daripada pegawai pengurusan, pengurus pasukan dan para atlet.

 

Sebanyak tiga (3) sukan teras dan sembilan (9) sukan dalaman akan dipertandingkan diantaranya ialah Futsal (Lelaki & Wanita), Bola Jaring, Badminton, Ping Pong dan acara-acara sukan utama yang lain.

 

Kontinjen Perpustakaan Kuala Lumpur telah menyertai semua acara yang dipertandingkan. Kontinjen PKL telah membawa pulang tujuh (7) pingat Emas, tiga (3) pingat Perak dan satu (1) pingat Gangsa serta dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi dua tahun berturut-turut dimana edisi ke-22 Perpustakaan Kuala Lumpur adalah selaku tuan rumah.

 

Tahniah Kontinjen Perpustakaan Kuala Lumpur!!