Ahad, 15 Disember 2019 [ 8:37:31 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Hari Keluarga DBKL 2019 Meriah!

             harikeluargadbkl2019 harikeluargadbkl20192   

Hari keluarga DBKL pada tahun ini sangat istimewa dan ditunggu-tunggu oleh semua warga DBKL kerana kali terakhir penganjurannya adalah pada tahun 2013 di Taman Botani Perdana. Kali ini diadakan pada 16 November 2019 (sabtu) bertempat di Taman Pudu Ulu.

 

Sejak awal perancangan, Hari Keluarga DBKL 2019 memberi fokus pada keterlibatan atau sentuhan kakitangan dalam acara tersebut. Sebagai contoh, pertandingan logo dan tema dianjurkan dalam kalangan staf pada Ogos 2019. Logo dan tema ‘Keluarga Harmoni Pemangkin Kerjaya’ cetusan oleh Encik M. Firdaus Nazeri (Jurufoto) daripada Jabatan Perancangan Korporat telah dinobatkan sebagai logo dan tema rasmi untuk Hari Keluarga DBKL 2019.

 

Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, rock climbing, karaoke idol, fun fair games, futsal kain pelikat, e-sports games mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan dan keluarga yang hadir. Di samping itu, pelbagai hadiah menarik untuk cabutan bertuah disediakan, antara hadiah utama ialah motosikal, televisyen, basikal, dan telefon bimbit.

 

. Tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan acara ini, terutamanya kepada jabatan pelaksana, iaitu Jabatan Pengurusan Sumber Manusia kerana kehadiran pada hari tersebut hampir mencecah 8,000 orang. Semoga jalinan kerjasama seperti ini terus berkembang mekar dalam kalangan warga kerja DBKL demi memacu organisasi yang disayangi sebagai PBT bertaraf dunia.